Thursday, December 31, 2015

Diari 9 : Tiba di Jeddah Inte Airport

Alhamdulillah setelah 9 jam perjalanan kami tiba di Jeddah International Airport pada jam 5.30 petang waktu Makkah (Malaysia 10.30malam). Waktu di Makkah lewat 5 jam.
Urusan kastam berjalan dengan lancar tanpa halangan berat , kami kemudiannya bersolat jamak di Airport sebelum menaiki bas mengikut kumpulan masing- masing. Setiap kumpulan diketuai dan dipimpin oleh seorang Mutawif.
Dari airport ke Hotel Hira Makkah memakan masa 1jam++. Setibanya di hotel kami diberikan sedikit taklimat ringkas untuk persediaan umrah.
Malam ini juga kami akan menuanikan umrah rukun sekitar jam 2.30pagi. Labbaikallah humma labbaik..

Diari 8 : Penerbangan KLIA2 - Jeddah Inter Airport

Penerbangan AA memakan masa selama 9 jam. Dalam pesawat biasanya tempat duduk diatur berterabur, maknanya anda tidak akan duduk bersama dengan pasangan. Cara mudah, anda bolehlah bertukar-tukar tempat duduk dengan orang lain secara suka rela untuk dapat duduk bersama.
Didalam kapal terbang sepanjang 9 jam, anda akan diberikan dua kali makanan. Kalau kata bosan, memang bosan, akan tetapi saya merasakan 9 jam tersebut sangatlah pantas berbanding 4 dan 8 jam sebelum ini ketika saya ke Hong Kong dan Japan. Keajaiban Allah berikan barangkali.
AA memang sebuah penerbangan yang ekonomi, kerusi nya sempit dan jarak kaki sangat kecil. Namun alhamdulillah saya duduk bersama Mutawif Andalusia iaitu Ustaz Saifullah. Sepanjang perjalanan banyak yang kami bualkan. Tentang hukum , pantang larang dan gambaran awal Makkah dan Madinah. Mungkin juga sebaba ini, saya tidak merasa lama sepanjang terbang.
Selain itu untuk mengisi masa lapang anda, anda bolehlah muat naik beberapa video kedalam HP atau Tab untuk ditonton. Kapal terbang AA tiada skrin televisyen. Saya sempat memuatnaikkan siap siap beberapa buah video dari Malaysia, seperti Jejak Rasul 2015 dan The Message.
Suasana dalam kapal terbang AA X

Sunday, December 27, 2015

Diari 7 : Berlepas Dari KLIA2

Assalamualaikum,
Hari ini 28 Disember saya dan isteri akan berlepas ke Makkah daripada KLIA2 melalui penerbangan Air Asia Penerbangan dijangka 9 jam dan kami akan masuk melalui Makkah dahulu. Ini bermakna kami akan melakukan ibadah umrah dahulu. Setibanya anda di KLIA2, anda akan diminta berkumpul oleh staff andalusia. Anda akan diberikan tag nama pas berlepas dan makanan kudapan. Kemudian anda akan diminta untuk meletakkan bag anda dikaunter yang ditetapkan untuk proses check in. Selepas itu akan diadakan sedikit taklimat daripada mutawwif.
Taklimat daripada Mutawwif
Suasana di balai berlepas

Thursday, December 24, 2015

Diari 6 : Pertukaran Mata Wang


Semasa saya pergi ke Makkah , tempat pertukaran wang yang saya pilih adalah sekitar Metro Kajang. Sebenarnya lokasi ini memang telah menjadi pilihan saya setiap kali mahu ke luar negara.
Terdapat beberapa kedai money changer yang boleh anda bandingkan harganya. Kali ini saya dapat menukarkan RM1 : Riyal 0.87. Maknanya kalau tukar RM1000 dapat Riyal 870 sahaja. Memang berbeza dahulu dan kini (tahun 2015). Arwah emak saya pergi haji tahun 1996 RM1 : Riyal 1.4 .
Berkenaan berapa jumlah wang yang ingin dibawa, sebenarnya bergantung kepada anda. Apa yang anda mahu beli, niat atau keperluan lain. Di Makkah dan Madinah turut ada beberapa buah kedai pertukaran wang.

Diari 5 : Visa, Suntikan Umrah dan Kesahan Mahram

Assalamualaikum.
Sepatutnya pos ini berada dalam diari ke-3 tetapi saya terlupa untuk menaipnya.
Selepas tamat mendaftar umrah, kita dikhendaki menyerahkan pasport antarabangsa masing-masing kepada pihak travel. Tapi sebelumtu ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.
1) Kesahan Mahram
Untuk wanita berusia 50 tahun kebawah kehadiran ke Makkah memerlukan kesahan mahram. Untuk kesaharan mahram ni , kita perlu membuat sesalin sijil nikah dan dicop sahkan oleh Jab Agama Islam negeri masing masing. Macam saya, saya pergi di Jab Agama Islam Selangor yang terletak di dihadapan Masjid Shah Alam , Shah Alam. Bawa sijil yang original mereka nak lihat sebelum dicop. Masa menunggu tidak sampaipun 10 minit. Cepat.
Setelah itu saya perlu pula pergi ke Wisma Putra (atas bukit) di Kementerian Luar di Presint 2 Putrajaya ( rujuk peta) untuk dicop sekali lagi. Boleh wakilkan? Ya jawapannya boleh. Asalkan sijil tersebut telah dicop oleh JAIS . ( mereka tidak akan terima jika belum dicop JAIS). Masa menunggu lama sedikit dalam 20-30min sebab ramai orang yang berurusan.
2) Suntikan Antivirus Pelalian Vaksin
Maaf saya lupa apakah nama sebenarnya. Suntikan ini boleh dibuat dimana mana klinik swasta. Harga antara 120-200 bergantung lokasi dan kadar yang klinik tetapkan. Saya membuat suntikan di sebuah Klinik di Seksyen 18 Shah Alam untuk tempoh 2 tahun berharga RM140. Selepas disuntik anda akan dapat sebuah buku. Masa lepas disuntik anda akan rasa kebas sikit dan lemah badan (ikut kondisi badan masing-masing). Sebenarnya kalau dpt buat di Klinik Kerajaan RM5 sahaja. Tetapi stok terhad kehabisan untuk jemaah Haji.
Setelah anda siapkan semua dokumen seperti PASPORT + SIJIL NIKAH + BUKU SUNTIKAN , serahkanlah kesemuanya pada travel agency untuk pengurusan Visa Umrah.
Bangunan JAIS yang terletak berhadapan dengan Masjid Shah Alam

Bangunan Kem Luar Negeri yang menempatkan Wisma Putra di Precint 2

Peta lokasi Wisma Putra

Diari 4 : Beli Kelengkapan

Assalamualaikum,
Sambungan...setelah kursus umrah..
Membeli kelengkapan barang umrah adalah satu keperluan khususnya pakaian yang menepati perkaedahan umrah khususnya ketika berihram.
KEDAI yang saya syorkan ialah Mydin Complex.
Kenapa Mydin? DI mydin harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding butik pakaian umrah lain dan pilihan yang ditawarkan pelbagai jenis dan jenama.
Antara barang yang saya beli di Mydin :
1) Dua pasang jubah putih dan biru gelap
2) Kain ihram
3) Jubah wanita (isteri)
4) Serkup kepala
Ada lagi barang barang keperluan rencah lainnya. Untuk barang yang lebih lengkap kita boleh merujuk kepada buku panduan yang disediakan di dalam Buku Panduan Umrah. Dalam pos ini saya sertakan juga senarai keperluan untuk rujukan.

Oleh kerana saya pergi di akhir disember, musim sejuk di Tanah Makkah. Saya turut membawa bersama baju sejuk dan tebal beberapa helai. Penting untuk anda semua mengetahui musim apa yang anda pergi supaya pakaian yang dipakai bersesuaian. Jika kelengkapan yang dibeli tidak mencukupi tuan tuan usah khuatir, di Makkah banyak kedai menjual kelengkapan. 

Diari 3 : Kursus Umrah

Assalamualaikum..
Bertemu lagi dalam diari ke-3. Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan Kursus Umrah anjuran Andalusia. Pada kebiasannya, Andalusia akan menganjurkan kursus setiap hari sabtu di seluruh cawangannya bermula jam 9pagi. Kursus ini disampaikan oleh ustaz ustaz yang telah dilantik oleh Andalusia. Memang semuanya berpengalaman luas dan banyak memberikan tips.Anda boleh bertanyakan soalan terus kepada penceramah. Waktu break dalam 20 minit jamuan ringan turut disediakan.

Kebetulan kampung saya di Rawang saya mengambil kesempatan untuk mengunjungi cawangan Rawang sahaja. Kursus dijalankan selama 3/4 jam. Seeloknya dapatkan hadir lebih daripada sekali bagi individu yang pertama kali mengerjakan ibadah umrah. Bukan apa , untuk memberikan peneguhan.


Anda tidak perlu buat temujanji, datang sahaja secara walk in. Memang kursus yang diberikan ini terbuka, tak perlu daftar mahupun tulis nama.

#gambar daripada google