Thursday, December 31, 2015

Diari 8 : Penerbangan KLIA2 - Jeddah Inter Airport

Penerbangan AA memakan masa selama 9 jam. Dalam pesawat biasanya tempat duduk diatur berterabur, maknanya anda tidak akan duduk bersama dengan pasangan. Cara mudah, anda bolehlah bertukar-tukar tempat duduk dengan orang lain secara suka rela untuk dapat duduk bersama.
Didalam kapal terbang sepanjang 9 jam, anda akan diberikan dua kali makanan. Kalau kata bosan, memang bosan, akan tetapi saya merasakan 9 jam tersebut sangatlah pantas berbanding 4 dan 8 jam sebelum ini ketika saya ke Hong Kong dan Japan. Keajaiban Allah berikan barangkali.
AA memang sebuah penerbangan yang ekonomi, kerusi nya sempit dan jarak kaki sangat kecil. Namun alhamdulillah saya duduk bersama Mutawif Andalusia iaitu Ustaz Saifullah. Sepanjang perjalanan banyak yang kami bualkan. Tentang hukum , pantang larang dan gambaran awal Makkah dan Madinah. Mungkin juga sebaba ini, saya tidak merasa lama sepanjang terbang.
Selain itu untuk mengisi masa lapang anda, anda bolehlah muat naik beberapa video kedalam HP atau Tab untuk ditonton. Kapal terbang AA tiada skrin televisyen. Saya sempat memuatnaikkan siap siap beberapa buah video dari Malaysia, seperti Jejak Rasul 2015 dan The Message.
Suasana dalam kapal terbang AA X

No comments:

Post a Comment