Thursday, December 31, 2015
Diari 9 : Tiba di Jeddah Inte Airport
Diari 8 : Penerbangan KLIA2 - Jeddah Inter Airport
Sunday, December 27, 2015
Diari 7 : Berlepas Dari KLIA2
Hari ini 28 Disember saya dan isteri akan berlepas ke Makkah daripada KLIA2 melalui penerbangan Air Asia Penerbangan dijangka 9 jam dan kami akan masuk melalui Makkah dahulu. Ini bermakna kami akan melakukan ibadah umrah dahulu. Setibanya anda di KLIA2, anda akan diminta berkumpul oleh staff andalusia. Anda akan diberikan tag nama pas berlepas dan makanan kudapan. Kemudian anda akan diminta untuk meletakkan bag anda dikaunter yang ditetapkan untuk proses check in. Selepas itu akan diadakan sedikit taklimat daripada mutawwif.
Thursday, December 24, 2015
Diari 6 : Pertukaran Mata Wang
Diari 5 : Visa, Suntikan Umrah dan Kesahan Mahram
Untuk wanita berusia 50 tahun kebawah kehadiran ke Makkah memerlukan kesahan mahram. Untuk kesaharan mahram ni , kita perlu membuat sesalin sijil nikah dan dicop sahkan oleh Jab Agama Islam negeri masing masing. Macam saya, saya pergi di Jab Agama Islam Selangor yang terletak di dihadapan Masjid Shah Alam , Shah Alam. Bawa sijil yang original mereka nak lihat sebelum dicop. Masa menunggu tidak sampaipun 10 minit. Cepat.
Maaf saya lupa apakah nama sebenarnya. Suntikan ini boleh dibuat dimana mana klinik swasta. Harga antara 120-200 bergantung lokasi dan kadar yang klinik tetapkan. Saya membuat suntikan di sebuah Klinik di Seksyen 18 Shah Alam untuk tempoh 2 tahun berharga RM140. Selepas disuntik anda akan dapat sebuah buku. Masa lepas disuntik anda akan rasa kebas sikit dan lemah badan (ikut kondisi badan masing-masing). Sebenarnya kalau dpt buat di Klinik Kerajaan RM5 sahaja. Tetapi stok terhad kehabisan untuk jemaah Haji.
Diari 4 : Beli Kelengkapan
Kenapa Mydin? DI mydin harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding butik pakaian umrah lain dan pilihan yang ditawarkan pelbagai jenis dan jenama.
1) Dua pasang jubah putih dan biru gelap
2) Kain ihram
3) Jubah wanita (isteri)
4) Serkup kepala
Diari 3 : Kursus Umrah
Assalamualaikum..
Bertemu lagi dalam diari ke-3. Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan Kursus Umrah anjuran Andalusia. Pada kebiasannya, Andalusia akan menganjurkan kursus setiap hari sabtu di seluruh cawangannya bermula jam 9pagi. Kursus ini disampaikan oleh ustaz ustaz yang telah dilantik oleh Andalusia. Memang semuanya berpengalaman luas dan banyak memberikan tips.Anda boleh bertanyakan soalan terus kepada penceramah. Waktu break dalam 20 minit jamuan ringan turut disediakan.
Kebetulan kampung saya di Rawang saya mengambil kesempatan untuk mengunjungi cawangan Rawang sahaja. Kursus dijalankan selama 3/4 jam. Seeloknya dapatkan hadir lebih daripada sekali bagi individu yang pertama kali mengerjakan ibadah umrah. Bukan apa , untuk memberikan peneguhan.
Anda tidak perlu buat temujanji, datang sahaja secara walk in. Memang kursus yang diberikan ini terbuka, tak perlu daftar mahupun tulis nama.
Diari 2 : Pilih Pakej Ibadah Umrah
Pendaftaran pakej umrah.
Seperti pos kiriman saya sebelum ini , saya telah mendaftar umrah dengan seorang rakan Mutawif, Ustaz Saiful yang juga rakan Sarjana / Tutor UKM. Saya mengambil pakej umrah kendalian Andalusia Travel. Harga pakej yang ditawarkan adalah pelbagai mengikut jenis bilik, jumlah tetamu dan lokasi hotel serta penerbangan.
*Saya memilih pakej bilik berdua economy dengan penerbangan Air Asia**
Dibawah adalah cenderamata yang diberikan oleh Andalusia selepas kita membayar deposit tempahan sebanyak RM300. Jumlah RM300 ini akan dikembalikan sekiranya kita tidak jadi menunaikan umrah mengikut terma dan syaratnya.
Untuk mendaftatlr, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah mengunjungi mana-mana Cawangan Andalusia diseluruh Malaysia. (rujuk google). Saya mendaftar di Cawangan Bangi.
Ustaz Saiful boleh dihubungi melalui email berikut : saifullahnasri1@gmail.com
Diari 1 : Ya Allah Aku Sambut Seruanmu - Pasang Niat
Labbaikallah hummalabbaik..
Labbaikala syarikalakalabbaik
Innalhamna, wannikmata lakawalmulk
La syarikalah.
Alhamdulillah dengan nama Allah S.W.T, Mei 2015 apabila melihat sahabat-sahabat ketanah suci Makkah terbuka dan terpanggil untuk mengerjakan ibadah umrah akhir tahun 2015 ini. Angan yang dipasang sejak dari kecil sebenarnya tertanam disanubari.
Perjalanan
Seawal berkahwin dengan zaujah tercinta Siti Norhidayah, beliau telah berhasrat untuk menunaikan umrah pada usia yang muda. Peringkat awalnya saya sendiri tidak terlintas mahu melaksanakan ibadumrah ini. Pertama sudah tentulah soal kewangan yang membatasi.
Namun, kesempatan cuti belajar yang KPM berikan dua tahun ini saya rasa perlu saya isi dengan salah satunya menunaikan ibadah umrah. Tapi bagaimana saya mahu kumpul wang sebanyak ribuan ringgit tersebut.
**Tekad, Iltizam, dan doa kepada Allah**
Awal tahun 2015 selepas pulang dari Acheh (dibaca sebagai sebuah bandar serambi Makkah) saya pasangkan impian, beriltizam kepada Allah untuk mengumpul dana kewangan ke Makkah. Syukur saya dapat mengajar sebagai tutor persendirian dan guru tuisyen di beberapa buah rumah dan pusat tuisyen di sekitar Kajang dan Bangi. Perjalanan untuk menyimpan dana umpama rezeki melimpah ruah, genap 5 bulan saya telah berjaya menyimpan wang hasil mengajar tuisyen dan tutor peribadi !.
**Allah bantu niat yang mulia**
Ya Allah saya rasa takjub dengan kekuasaan yang esa, niat yang saya tanamkan Allah telah kabulkan. Dana mengerjakan umrah telah mencukupi. Masanya untuk mendaftar.Saya nekad, akhir tahun saya perlu menunaikan ibadahNya ini.
**Teirima kasih Ya Allah**
26 Ogos saya menghubungi Mutawaif yang juga sahabat dalam kumpulan Whatsapp Tutor UKM UPM. Saya telah membuat sebuah komitmen , mengerjakan umrah Disember 2015.
Bersambung .....